Pada tanggal 1hb Disember 2007 merupakan hari yang bersejarah bagi keluarga Syed Ilias yang telah mengadakan kenduri kesyukuran rumah mereka yang baru disiapkan dan telah diduduki sejak seminggu sebelum Hari Raya dan juga majlis pertunangan anak sulung mereka pada hari yang sama. Majlis telah berjalan dengan lancar meskipun pihak rombongan lelaki tiba agak lewat disebabkan tidak ada petunjuk yang jelas ke rumah baru mereka. Makanan yang disajikan enak-enak belaka. Jumlah sebenar hadirin yang hadir tidak dapat dikenalpasti.